April 2011 – Maklumat mengenai kekosongan bangunan di Anjung Batu, Melaka dimaklumkan ke pengetahuan ahli Lembaga Pusat Pendidikan Al-Amin Bhd (PPAAB).
29hb. Mei 2011 – Lawatan tidak rasmi ke Anjung Batu oleh seramai 5 orang ahli lembaga PPAA untuk melihat keadaan premis.
13hb. Julai 2011 – Persediaan dan persiapan dimulakan untuk perbincangan dengan pemilik bangunan bagi menunjukkan minat PPAAB terhadap premis.
13hb. September 2011 – Pembentangan kertas kerja cadangan mengenai penubuhan sekolah dibentangkan kepada pemilik bangunan, Tan Sri Wan Azmi di Rohas House, Kuala Lumpur.
12hb. Oktober 2011 – Surat persetujuan dan kebenaran dari Tan Sri diterima. Perancangan yang lebih teliti dilakukan dengan kerjasama institusi di bawah IKRAM.
18hb. Oktober 2011 – Mesyuarat dengan wakil Tan Sri, Hj. Mawardi dilaksanakan bagi memeterai kontrak perjanjian sewa.
10hb. November 2011 – Lawatan rasmi seramai 7 ahli lembaga PPAAB ke premis di Anjung Batu, Melaka dilakukan.
28hb. Disember 2011 – Perancangan yang lebih teliti (Business Plan) dan unjuran tunai (Cash Flow) berkenaan dengan penubuhan dan pengoperasian sekolah berasrama penuh dibentangkan.
5hb. Januari 2012 – Mesyuarat Khas antara PPAAB dan Ikrammal Sdn. Bhd. diadakan dengan mencapai persetujuan 49% : 51% perkongsian saham.
8hb. Januari 2012 – Konsep J-TASK dan FAST dibentuk oleh Jawatankuasa Pembentukan Konsep Sekolah.
26hb. Januari 2012 – Penubuhan Jawatankuasa Operasi bagi melaksanakan penubuhan dan pengoperasian sekolah.
23hb. Februari 2012 – Draf pertama brosur sekolah dikeluarkan.
12hb. Mac 2012 – Brosur untuk promosi Al-Amin Bestari diluluskan untuk cetakan.
14hb. Mac 2012 – Pusat Pendidikan Ikrammal Sdn. Bhd. (PPISB) berjaya ditubuhkan dan didaftarkan untuk mengelola sekolah.
19hb. Mac 2012 – Mesyuarat Lembaga Pengarah PPISB kali pertama dapat diadakan.
Awal April 2012 – Kerja-kerja baik pulih dan renovasi di premis Anjung Batu dimulakan.
22hb. Mei 2012 – Nama Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bestari D’Merlimau dipilih untuk didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
20hb. Jun 2012 – Temuduga pengambilan guru dimulakan.
29hb. Jun 2012 – Surat permohonan sokongan dari Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dihantar.
30hb. Julai 2012 – Promosi pengambilan pelajar secara dalaman dimulakan melalui emel kepada jaringan IKRAM, Majlis Guru Besar (MGBSIM) dan lain-lain.
13hb. Ogos 2012 – MPJ mengeluarkan surat sokongan terhadap penubuhan sekolah.
15hb. Ogos 2012 – Mendapat kebenaran pemilik untuk membuat pengubahsuaian bangunan.
11hb. September 2012 – Jawatankuasa Promosi dibentuk.
29hb. September 2012 – Facebook SMI Al Amin Bestari d’Merlimau diwujudkan.
10hb. Oktober 2012 – Borang permohonan penubuhan SMIAABM ke Bahagian Pendidikan Swasta (BPS), KPM berjaya diserahkan.
1hb. November 2012 – Us. Md. Zubir bin Osman dilantik secara rasmi sebagai Pengetua SMIAABM.
6hb. November 2012 – Pertemuan Mahabbah dengan Jawatankuasa IKRAM Negeri Melaka diadakan bagi membentangkan cadangan penubuhan SMIAABM.
14hb. November 2012 – BPS mengeluarkan surat jemputan untuk pembentangan idea penubuhan SMIAABM.
20hb. November 2012 – Pembentangan mengenai permohonan penubuhan SMIAABM dijayakan oleh Tn. Hj. Shaharom bin Md. Shariff di Bilik Hidayah, BPS, KPM, Putrajaya.
3hb. Disember 2012 – Seramai 8 orang guru telah memulakan tugas secara rasmi di SMIAABM. Kursus Perguruan Asas bermula dan disusuli dengan program ‘Team Building’.
13hb. Disember 2012 – Permohonan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) dikemukakan.
15hb. Disember 2012 – Kemudahan asas dan perabot untuk keperluan 100 orang pelajar dapat dilengkapkan.
21hb. Disember 2012 – Konsep logo SMIAABM diluluskan.
5hb. Januari 2013 – Gotong royong perdana dijalankan dengan kerjasama IKRAM Negeri Melaka.
13hb. Januari 2013 – Hari pendaftaran pelajar tingkatan 4 yang pertama. Seramai 25 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan mendaftarkan diri. Majlis perasmian pembukaan disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd. Adam bin Mohd. Said, Pengerusi Lembaga Pengarah PPISB.
14hb. Januari 2013 – Hari pertama persekolahan SMIAABM.
21hb. Januari 2013 – Surat kelulusan penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) SMIAABM dikeluarkan oleh BPS.
16hb. Mei 2013 - Serahan dokumen lengkap untuk pendaftaran sekolah dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Negeri Melaka termasuk permohonan permit ahli lembaga, pekerja dan guru-guru.
17hb. Mei 2013 - Sijil Perakuan Pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta - SMIAABM dikeluarkan oleh JPN termasuk semua permit ahli lembaga, pekerja dan guru-guru.