Minggu Orientasi Pelajar Baru Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Pada 4 hingga 8 Januari yang lalu, tamatlah sudah minggu orientasi bagi para pelajar baru tingkatan 1 dan 4 bagi sesi persekolahan 2016 di SMIAABM. Pelbagai aktiviti menarik telah mereka jalani seperti:

1. Team Building

2. Kenali SMIAABM

3. Malam Kebudayaan dan lain-lain aktiviti menarik lagi. 

Minggu orientasi mereka juga padat dengan Qiamullail, Halaqah Ma'thurat, Halaqah al-Mulk dan juga bengkel-bengkel bermanfaat buat mereka. 

 

DSCF2309

 

IMG 4281

 

IMG 4339

 

IMG 4840

 

Syabas dan tahniah diucapkan buat Majlis Pepimpin Pelajar, MPP atas usaha yang telah mereka tunjukkan dalam menjayakan minggu orientasi buat pelajar baru. Semoga SMIAABM dapat menjadi satu titik kehidupan baru dalam diri mereka dan mereka dapat menjalani kehidupan di sini dengan gembira serta bersemangat hendaknya. 

Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 & Tingkatan 4

AHLAN WA SAHLAN! Selamat datang kami ucapkan buat para pelajar baru kemasukan tingkatan 1 dan juga tingkatan 4. Pada tanggal 3 Januari 2016, ahad yang lalu, sukacitanya Sekolah Menengah Islam Al Amin Bestari D'Merlimau telah menyambut kedatangan keluarga baru buat SMIAABM. 

 

IMG 4086

 

Satu sesi taklimat buat ibu bapa pelajar telah dijalankan bagi memberi pendedahan berhubung visi & misi sekolah, peranan sekolah dalam membentuk diri pelajar, serta kelebihan-kelebihan yang bakal diperolehi oleh pelajar sepanjang berada di SMIAABM. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada  Tn Haji Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola SMIAABM, yang kemudiannya diikuti dengan taklimat oleh Tuan Pengetua, Ustaz Md Zubir Bin Osman sebelum diakhiri oleh Tn Haji Mohd Adam, Pengerusi Lembaga Pengarah PPISB.

 

IMG 4119

 

 

Bantuan dan sekongan yang menggalakkan daripada ibu bapa pastinya akan dapat membantu SMIAABM untuk terus maju kehadapan seiring dengan sekolah-sekolah terpilih yang lain.

 

IMG 4139

 

Pihak sekolah berasa sangat berbesar hati menyambut kedatangan pelajar baru dan berterima kasih kepada ibu bapa atas kepercayaan yang telah diberikan untuk menghantar anak mereka ke sini. Semoga kehidupan di SMIAABM akan dapat membantu pelajar untuk terus berjaya bukan sahaja dari segi akademik, malah dari sudut sahsiah juga.

 

 

Solat Hajat Perdana dan Mohon Restu Pelajar SPM 2015

 

Pada 18 Oktober 2015 yang lalu, SMIAABM di bawah Unit PGA telah menganjurkan majlis Solat Hajat Perdana bersempena dengan para pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Hampir kesemua ibu bapa pelajar tingkatan 5 hadir dalam pertemuan ini.

Majlis dimulakan dengan solat hajat, sebelum disusuli dengan ucapan oleh tuan pengetua, Ust Hj Md Zubir bin Osman. Beliau telah memberi penerangan berhubung perjalanan unit PGA serta usaha yang telah sekolah lakukan bagi membantu para pelajar tingkatan 5 mencapai kecemerlangan yang mereka impikan dalam SPM.

 

solat hajat 1

 

 

Hadiah Binar

 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi para pelajar yang menyinar dalam Peperiksaan Percubaan SPM. Sedikit cenderamata juga telah  disampaikan kepada semua pelajar SPM 2015 sebagai satu bentuk dorongan buat mereka. Akhir sekali, Sesi mohon restu antara ibu bapa, guru dan pelajar telah mengakhiri majlis solat hajat perdana ini. Sekolah berharap agar kesemua pelajar SPM 2015 dapat menggapai kejayaan dalam SPM atas usaha gigih yang mereka lakukan.

 

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 Bagi Sesi Persekolahan 2016

Pada hari Ahad, 27 Disember 2015 yang lalu, pihak Sekolah Menengah Islam Al Amin Bestari D'Merlimau telah menyambut semula kedatangan para pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 pulang ke asrama. Pendaftaran bagi pelajar tingkatan 3 dan 5 diawalkan seminggu berbanding pelajar lain sebagai persedian untuk mereka berhadapan dengan peperiksaan PT3 dan juga SPM. 

20151231080640

 

Semasa hari pendaftaran tersebut, para ibu bapa juga telah diberikan taklimat berhubung pencapaian peperiksaan akhir tahun bagi para pelajar berkenaan yang telah mereka duduki sebelum cuti sekolah. Taklimat ini bagi memberikan pendedahan kepada ibu bapa berhubung prestasi akademik anak mereka disamping menunjukkan usaha-usaha yang bakal dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi menggapai kecemerlangan PT3 dan SPM untuk tahun 2016. Taklimat ini telah disampailkan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Md Zubir Bin Osman.

 20151231080605

 

Tuan Haji Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Islam Al Amin Bestari telah memberikan kata alu-aluan kepada ibu bapa yang hadir. Beliau telah berkongsi sesuatu yang menarik berkaitan pembangunan dan hala tuju bagi sekolah-sekolah Al-Amin. 

 

20151231081617

 

Disamping taklimat kepada ibu bapa, penjualan buku teks, buku latihan dan uniform juga telah dijalankan pada hari kejadian. Kesemua guru-guru SMIAABM dilihat berusaha gigih serta saling bekerjasama bagi memastikan perjalanan hari pendaftaran berjalan dengan lancar. 

 

 

 

Bengkel Pengurusan Masa dan Stress

 

Pada tanggal 10 Oktober 2015 yang lalu, seramai hampir 40 orang pengawas dan Majlis Pemimpin Pelajar, MPP telah menjalani Bengkel Pengurusan Masa dan Stress dengan jayanya. Bengkel ini merupakan salah satu daripada pelbagai latihan pembangunan diri serta sahsiah yang diberikan oleh pihak sekolah kepada  semua pemimpin pelajar.

 

IMG-20151023-WA0009

 

Dr Rafidah Bt Mohd Kastawi telah dijemput untuk menjadi penceramah bagi bengkel ini.4 objektif yang cuba dicapai di dalam program ini ialah

1. Mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya pengurusan masa dalam kehidupan

2. Mengetahui teknik dan cara menguruskan masa dan stress dengan berkesan

3. Meningkatkan kecekapan pengurusan masa peribadi dan organisasi

4. Mengaplikasi pengurusan stress dalam bekerja dan dalam kehidupan seharian

 

stress 1

 

Pengurusan masa yang betul dapat membentuk disiplin dan meningkatkan kecemerlangan diri seorang pelajar. Diharap semua pengawas dan MPP yang telah mengikuti bengkel ini dapat menggunakan tips atau teknik yang telah mereka pelajari untuk dimanfaatkan dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar.

 

Maklumat Pengunjung

Hari Ini36
Semalam56
Mingguan463
Bulanan1665
Jumlah Pelawat80244

Sunday, 24 February 2019 13:12

Laman Rasmi SMI Al-Amin Bestari d'Merlimau

  • Selamat Datang

    Laman rasmi SMI Al-Amin Bestari D'Merlimau menyebarkan maklumat terkini kepada seluruh masyarakat.

  • 1
  • 2

Hubungi Sekolah

SMI Al-Amin Bestari d'Merlimau, Lot PT1627 & 1628,
Jeti Anjung Batu, KM 15, Kg. Seri Minyak,
77300 Merlimau, Melaka
 
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  06 2615749
  06 2610722
  Merlimau Melaka