Program SPA Pelajar SPM 2015

 Pada 10 dan 11 Oktober 2015 yang lalu, para pelajar tingkatan 5 telah selamat menjalani aktiviti sentuhan akhir sebelum SPM yang dianjurkan oleh pihak sekolah iaitu Program SPA. Seramai 40 orang pelajar tingkatan 5 dan 15 orang guru terlibat dalam menjayakan program ini. Program SPA ini telah dijalankan di Homestay Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka.

 IMG-20151006-WA0009

 

Objektif program ini adalah bagi mengurangkan rasa tertekan yang pastinya dihadapi oleh para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan terbesar dalam hidup mereka iaitu SPM. Antara slot yang telah mereka lalui ialah, Lumba kira Maths, Pop kuiz Sains, Dialog sejarah dan juga demonstrasi fenomena fizik. Bagi slot Pendidikan Syariah Islamiah pula para pelajar dikehendaki melakukan simulasi bagi Ibadah Haji.

 

spa 1

 

 

Guru dan pelajar spa

 

Program ini bertema santai dan memberi peluang kepada para pelajar tingkatan 5 untuk merelakskan diri mereka sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang berkait dengan semua subjek SPM. Program yang dijalankan dalam suasana kampung ini tentunya dapat memberi persekitaran pembelajaran yang baru buat pelajar dan menenangkan fikiran mereka. Pihak sekolah berharap dengan berjayanya program ini, para pelajar tingkatan 5 berada pada kondisi yang terbaik bagi berjuang menghadapi SPM.

 

Hari Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar SPM

 

Sekolah Menengah Islam Al Amin Bestari D'Merlimau telah menganjurkan hari perjumpaan di antara ibu bapa dan guru-guru pelajar SPM pada 4 Oktober 2015 yang lalu. Lebih 80 peratus ibu bapa pelajar telah berjaya menghadirkan diri dalam pertemuan tersebut.

 

Perjumpaan di antara ibu bapa, pelajar SPM dan guru ini memberi pendedahan berhubung pencapaian anak mereka, dalam peperiksaan percubaan SPM yang telah selamat mereka duduki. Setiap ibu bapa bukan sahaja berpeluang untuk berjumpa dengan guru kelas tingkatan 5, malah guru-guru subjek juga meluangkan masa untuk bersama-sama dalam perjumpaan ini.

 

ibu bapa 1

 

ibu bapa 2

 

Objektif utama perjumpaan ini diadakan adalah bagi menaikkan lagi motivasi para pelajar serta menunjukkan sokongan para guru bagi membantu mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang bakal mereka tempuhi. Selain guru, sokongan daripada ibu bapa pelajar itu sendiri tentunya amat penting bagi mendorong pelajar untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

 

Bengkel Asas Qiadi

 

Pada 13 September 2015 yang lepas, pihak sekolah dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel Asas Qiadi untuk Majlis Pemimpin Pelajar, MPP serta semua pengawas sekolah. Bengkel kepimpinan ini telah dijalankan di Surau Bestari dari 8.30 pagi hingga 12 tengah hari dan dikendalikan oleh Cikgu Fatin Ismah serta Cikgu Shazliana. Antara aktiviti yang telah dilakukan adalah ceramah Asas Kepimpinan, Movie Critic serta pembentangan secara berkumpulan.

Cikgu Fatin

 

mpp1

 

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teori kepimpinan serta meninjau sirah-sirah yang berkaitan dengan kepimpinan sebagai panduan mereka. Selain bermatlamat untuk menonjolkan bakat-bakat kepimpinan dalam diri pelajar SMIAABM, bengkel ini juga bertujuan untuk menanam asas-asas kepimpinan dalam diri untuk mereka aplikasikan di sekolah.

 

pembentangan

Diharap para pelajar yang terlibat dengan bengkel kepimpinan ini dapat menjadikan diri mereka seorang yang berkeyakinan dan berkaliber bukan sahaja sebagai pengawas sekolah tetapi juga apabila mereka bergelar pemimpin di usia dewasa kelak.

 

Program Mukhayyam Ibadah di Kem Asahan

 

Pada 15 September 2015 yang lalu, seramai 66 orang pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Islam Al Amin Bestari D'Merlimau telah bersama-sama menyertai Mukhayyam Ibadah di Kem Saujana Asahan yang terletak di Jasin,Melaka. Pusat latihan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN) ini menjadi antara tempat latihan yang sesuai serta serba lengkap bagi menjalankan program motivasi atau pembangunan diri. Program Mukhayyam Ibadah pelajar tingkatan 2 SMIAABM ini telah berjalan selama dua hari iaitu pada 15 September dan 16 September.

 

saujana asahan

 

Antara slot yang berlangsung sepanjang program adalah Klinik Al Quran, Kembara Kehidupan, Mencari Erti Hidup, Keindahan Bersama Al Quran serta Kenali Potensi diri. Apa yang menarik juga para pelajar dikehendaki untuk mendirikan khemah serta bermalam di dalam khemah yang telah mereka dirikan. Ini sudah tentu dapat mengukuhkan ikatan sesama mereka dan memberikan pengalaman menarik yang baru.

 

xanthron 3

 

DSCF1803

 

 

Program Mukhayyam Ibadah ini berakhir dengan lafaz ikrar oleh semua peserta program. Mereka berikrar untuk melakukan perubahan diri serta menjadi insan yang bermanfaat buat bangsa, agama dan negara. Semoga semua pelajar SMIAABM tingkatan 2 yang telah berjaya menjalani program ini dapat menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah juga akhlak serta peribadi.

 

xanthron 1

 

Kursus Pengurusan Bilik Darjah & Kawalan Tingkah Laku Pelajar

 

Pada 12 September 2015 yang lalu, kursus pengurusan bilik darjah dan kawalan tingkah laku pelajar telah dijalani oleh guru-guru Sekolah Menengah Islam Al Amin D'Merlimau. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Omar Bin Zakaria dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Kursus tersebut telah dibahagikan kepada dua slot. Slot yang pertama dinamakan Pengurusan Bilik Darjah Cemerlang dan slot yang kedua adalah Tataacara Pendisiplinan Pelajar.

 

IMG-20150913-WA0015

 

Dalam slot yang pertama, para guru telah didedahkan dengan cara untuk menjadi guru yang 'mengundang' atau disukai oleh pelajar. Tuan Haji Omar telah berkongsi pengalamannya sebagai seorang guru dan bagaimana cara yang baik atau berkesan bagi menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam slot yang kedua pula, beliau telah memberi penerangan kepada guru berhubung penguatkuasaan disiplin yang berkesan dan prosedur serta rutin bilik darjah.

 

IMG-20150913-WA0017

 

Kursus selama 4 jam tersebut telah dijalani dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para guru. Pastinya segala input yang diterima akan dapat membantu para guru SMIAABM menjalankan sesi pembelajaran dengan lebih menarik.

 

Maklumat Pengunjung

Hari Ini36
Semalam56
Mingguan463
Bulanan1665
Jumlah Pelawat80244

Sunday, 24 February 2019 13:02

Laman Rasmi SMI Al-Amin Bestari d'Merlimau

  • Selamat Datang

    Laman rasmi SMI Al-Amin Bestari D'Merlimau menyebarkan maklumat terkini kepada seluruh masyarakat.

  • 1
  • 2

Hubungi Sekolah

SMI Al-Amin Bestari d'Merlimau, Lot PT1627 & 1628,
Jeti Anjung Batu, KM 15, Kg. Seri Minyak,
77300 Merlimau, Melaka
 
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  06 2615749
  06 2610722
  Merlimau Melaka