Hari Takrim dan Graduasi SMIAABM 2016

Pada 23 April yang lalu, Sekolah Menengah Islam Al Amin Bestari D'Merlimau telah sekali lagi melangsungkan majlis penyampaian anugerah cemerlang kepada para pelajar yakni Hari Takrim dan Graduasi kali ke-2 bagi tahun 2016. Majlis ini telah berlangsung dengan gemilangnya di Politeknik Merlimau, Melaka dan telah dihadiri oleh para pelajar serta ibu bapa.

IMG 4147

 

IMG 4145

 

IMG 4167

Antara atur acara majlis adalah ucapan Tuan Pengetua, Ustaz Md Zubir Osman, ucapan Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Pendidikan Ikrammal Sdn Bhd, Tuan Haji Mohd Adam Mohd Said dan juga ucapan tetamu kehormat Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Negeri Melaka, Encik Mohd Rosli Adam. 

Pelbagai anugerah telah disampaikan oleh pihak sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan sama ada dari sudut akademik mahupun sahsiah. Antara anugerah yang disampaikan, Anugerah Hafazan Terbaik, Anugerah Tilawah Terbaik, Anugerah Pelajar Terbaik Aliran, Anugerah Cemerlang Akademik, Anugerah Cemerlang Diniyyah, Anugerah Pelajar Harapan Akademik dan banyak lagi. 

IMG 4159

 

IMG 4555

 

IMG 4383

 

IMG 4883

 

Majlis diakhiri dengan penganugerahan pelajar cemerlang SPM bagi tahun 2015. Anugerah hebat ini telah diterima oleh saudari Naili Hanani Binti Mohd Ridzuan dan juga saudari Fatimah Az-Zahra Binti Basir.

 

IMG 4594

Naili Hanani, 11A SPM telah dilahirkan pada 4 oktober 1998 yang berasal dari kuanatan, Pahang. Mula mendapat pendidikan di smi al-amin kerteh, al-amin kemaman dan al-amin bestari d’merlimau. Beliau merupakan seorang anak yang baik, taat kepada kedua ibu bapanya dan sentiasa mengukirkan senyuman. Beliau telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan spm denganp pencapaian 11A. beliau juga menyandang jawatan sebagai Timbalan President Majlis Perwakilan Pelajar dan kini berada di Barla Girls Quran Course.

 

IMG 4602

Fatimah Az-Zahra, 11 A SPM berasal dari Selangor dan dilahirkan pada 7 jun 1997. Beliau mendapat pendidikan di SK RPR Sarawak, Ibn Khaldun, Integrated Islamic School kota Damansara. Pelajar ini mempunyai perwatakan yang manis, sopan santun dan menyandang jawatan sebagai pengawas sekolah ketika menuntut di SMI Al-Amin Bestari D’Merlimau

 

Hari Takrim dan Graduasi kali ke-2 ini telah berlangsung dengan jayanya. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa yang telah hadir serta memberi sokongan terhadap majlis ini. Ribuan terima kasih juga di atas usaha dan penat lelah guru-guru serta pelajar bagi menjayakan majlis ini bersama-sama. Semoga para pelajar yang menerima anugerah dapat meneruskan kecemerlangan serta menjadi dorongan kuat buat para pelajar yang lain untuk sama-sama mencapai kecemerlangan. 

 

Maklumat Pengunjung

Hari Ini33
Semalam83
Mingguan244
Bulanan1861
Jumlah Pelawat36487

Thursday, 30 March 2017 06:33

Laman Rasmi SMI Al-Amin Bestari d'Merlimau

  • Selamat Datang

    Laman rasmi SMI Al-Amin Bestari D'Merlimau menyebarkan maklumat terkini kepada seluruh masyarakat.

  • 1
  • 2

Hubungi Sekolah

SMI Al-Amin Bestari d'Merlimau, Lot PT1627 & 1628,
Jeti Anjung Batu, KM 15, Kg. Seri Minyak,
77300 Merlimau, Melaka
 
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  06 2615749
  06 2610722
  Merlimau Melaka