Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 ke Sekolah Berasrama Penuh (SMI Al Amin Bestari)

 

PROMO pORTAL

ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI SEKOLAH BERASRAMA PENUH BERCIRIKAN ISLAM BUAT ANAK ANDA?

Pastinya anda mencari sekolah yang terbaik untuk anak anda, apatah lagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Namun persaingan sengit antara pemohon dari seluruh Malaysia mengurangkan peluang yang ada.

Jika pembelajaran kondusif menjadi pilihan ibu bapa, manakala asrama yang luas dan selesa pula menjadi pilihan anak, maka SMI Al-Amin Bestari boleh menjadi pilihan!



PERMOHONAN KEMASUKAN KE SMI AL-AMIN BESTARI 2018 BAGI TINGKATAN 1 KINI DIBUKA


SYARAT MINIMUM KEMASUKAN TINGKATAN 1 :
- Mendapat keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A; dan
- Lulus Bahasa Arab dalam UPKK.

BERAPAKAH YURAN BULANAN?
🍛 Makanan : RM 300 sahaja
📚 Pengajian : RM 500 sahaja (untuk menengah rendah)
🏢 Asrama : *PERCUMA*



APAKAH KELEBIHAN YANG ADA PADA SMI AL-AMIN BESTARI?

- Asrama yang luas dan selesa (lelaki 8 orang sebilik manakala asrama perempuan pula 4 orang dengan keistimewaan tandas di dalam setiap bilik)
- Mendapat perhatian guru yang ekstra, kerana setiap kelas purata 20 - 30 pelajar sahaja
- Makmal sains yang lengkap dan membantu pembelajaran (fizik, biologi dan kimia)
- Surau baharu yang luas dan selesa
- Fasiliti lain yang mengikut standard sekolah (pusat sumber, dewan seminar, makmal komputer dll)
📌 BAHARU 2018 : Kelab Robotik
📌 BAHARU 2018 : Taekwando



 APAKAH PENCAPAIAN CEMERLANG SMIAABM ?

- Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM dan JAIM
- Tersenarai dalam ranking 10 sekolah terbaik SPM 2015 & 2016 di Melaka
- Keputusan SPM 2016 - 20 terbaik kategori SMKA peringkat kebangsaan
- Pengiktirafan 5 bintang dalam penilaian SKIPS KPM 2015 (Sijil Penarafan Sekolah Swasta)
- Rekod yang cemerlang dalam beberapa penglibatan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan negeri



 BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMOHON?

Isikan maklumat permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut:
https://goo.gl/9WYn8X

atau

Hubungi 06 2615749
Hubungi 06 2615749
Hubungi 06 2615749
.
.
.
SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL AMIN BESTARI DMERLIMAU
"Pembinaan Insan Lestari untuk Pemimpin Masa Hadapan"

 

Hari Takrim dan Graduasi SMIAABM 2016

Pada 23 April yang lalu, Sekolah Menengah Islam Al Amin Bestari D'Merlimau telah sekali lagi melangsungkan majlis penyampaian anugerah cemerlang kepada para pelajar yakni Hari Takrim dan Graduasi kali ke-2 bagi tahun 2016. Majlis ini telah berlangsung dengan gemilangnya di Politeknik Merlimau, Melaka dan telah dihadiri oleh para pelajar serta ibu bapa.

IMG 4147

 

IMG 4145

 

IMG 4167

Antara atur acara majlis adalah ucapan Tuan Pengetua, Ustaz Md Zubir Osman, ucapan Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Pendidikan Ikrammal Sdn Bhd, Tuan Haji Mohd Adam Mohd Said dan juga ucapan tetamu kehormat Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Negeri Melaka, Encik Mohd Rosli Adam. 

Pelbagai anugerah telah disampaikan oleh pihak sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan sama ada dari sudut akademik mahupun sahsiah. Antara anugerah yang disampaikan, Anugerah Hafazan Terbaik, Anugerah Tilawah Terbaik, Anugerah Pelajar Terbaik Aliran, Anugerah Cemerlang Akademik, Anugerah Cemerlang Diniyyah, Anugerah Pelajar Harapan Akademik dan banyak lagi. 

IMG 4159

 

IMG 4555

 

IMG 4383

 

IMG 4883

 

Majlis diakhiri dengan penganugerahan pelajar cemerlang SPM bagi tahun 2015. Anugerah hebat ini telah diterima oleh saudari Naili Hanani Binti Mohd Ridzuan dan juga saudari Fatimah Az-Zahra Binti Basir.

 

IMG 4594

Naili Hanani, 11A SPM telah dilahirkan pada 4 oktober 1998 yang berasal dari kuanatan, Pahang. Mula mendapat pendidikan di smi al-amin kerteh, al-amin kemaman dan al-amin bestari d’merlimau. Beliau merupakan seorang anak yang baik, taat kepada kedua ibu bapanya dan sentiasa mengukirkan senyuman. Beliau telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan spm denganp pencapaian 11A. beliau juga menyandang jawatan sebagai Timbalan President Majlis Perwakilan Pelajar dan kini berada di Barla Girls Quran Course.

 

IMG 4602

Fatimah Az-Zahra, 11 A SPM berasal dari Selangor dan dilahirkan pada 7 jun 1997. Beliau mendapat pendidikan di SK RPR Sarawak, Ibn Khaldun, Integrated Islamic School kota Damansara. Pelajar ini mempunyai perwatakan yang manis, sopan santun dan menyandang jawatan sebagai pengawas sekolah ketika menuntut di SMI Al-Amin Bestari D’Merlimau

 

Hari Takrim dan Graduasi kali ke-2 ini telah berlangsung dengan jayanya. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa yang telah hadir serta memberi sokongan terhadap majlis ini. Ribuan terima kasih juga di atas usaha dan penat lelah guru-guru serta pelajar bagi menjayakan majlis ini bersama-sama. Semoga para pelajar yang menerima anugerah dapat meneruskan kecemerlangan serta menjadi dorongan kuat buat para pelajar yang lain untuk sama-sama mencapai kecemerlangan. 

 

Karnival Sukan Al Amin Bestari

Syukur kepada Allah S.W.T, pada 3 April 2016 yang lalu Karnival Sukan bagi Sekolah Menengah Islam Al Amin Bestari D'Merlimau telah berjaya dijalankan di Kompleks Belia dan Sukan, Jalan Tasik, Ayer Keroh. Hari tersebut merupakan hari kemuncak bagi temasya sukan SMIAABM 2016. Antara acara atau pertandingan yang telah dijalankan sepanjang minggu ialah seperti catur, carom, balingan dart, tower game dan banyak lagi. 

 

DSCF2569

 

 

DSCF2634

 

DSC 0005

 

DSC 0028

 

DSC 0032

 

DSC 0048

 

DSC 0088

 

DSC 0099

 

DSC 0148

 

DSC 0190

 

DSC 0241

 

DSC 0272

 

DSC 0442

 

DSC 0446

 

DSC 0613

 

DSC 0694

 

DSC 0795

 

DSC 0889

 

Johan rumah sukan pada tahun ini jatuh kepada rumah Hunain. Tahniah diucapkan kepada guru-guru serta para pelajar atas kerjasama menakjubkan serta semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan. Bersukan sihatkan badan, berakhlak kuatkan iman. 

 

 

Kem Motivasi Tingkatan 3

Pada 14,15 dan 16 April yang lalu, pihak sekolah di bawah unit Program Gemilang Akademik Tingkatan 3, (PGA3) telah menganjurkan kem motivasi kepada para pelajar tingkatan 3. Latihan pembangunan diri tersebut telah dijalankan di Homestay Parit Penghulu, Sg Rambai, Melaka. Objektif program adalah bagi membina semangat kerjasama sesama rakan sebaya serta menaikkan semangat mereka bagi membolehkan mereka menempuh cabaran PT3 dengan sebaiknya. 

 

IMG-20160429-WA0017

 

 

 

IMG-20160429-WA0018

 

IMG-20160429-WA0019

 

IMG-20160429-WA0025

 

IMG-20160429-WA0026

 

 

Insya Allah, semoga dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pembangunan peribadi pelajar itu sendiri. 

Minggu Orientasi Pelajar Baru Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Pada 4 hingga 8 Januari yang lalu, tamatlah sudah minggu orientasi bagi para pelajar baru tingkatan 1 dan 4 bagi sesi persekolahan 2016 di SMIAABM. Pelbagai aktiviti menarik telah mereka jalani seperti:

1. Team Building

2. Kenali SMIAABM

3. Malam Kebudayaan dan lain-lain aktiviti menarik lagi. 

Minggu orientasi mereka juga padat dengan Qiamullail, Halaqah Ma'thurat, Halaqah al-Mulk dan juga bengkel-bengkel bermanfaat buat mereka. 

 

DSCF2309

 

IMG 4281

 

IMG 4339

 

IMG 4840

 

Syabas dan tahniah diucapkan buat Majlis Pepimpin Pelajar, MPP atas usaha yang telah mereka tunjukkan dalam menjayakan minggu orientasi buat pelajar baru. Semoga SMIAABM dapat menjadi satu titik kehidupan baru dalam diri mereka dan mereka dapat menjalani kehidupan di sini dengan gembira serta bersemangat hendaknya. 

Maklumat Pengunjung

Hari Ini71
Semalam141
Mingguan291
Bulanan1178
Jumlah Pelawat44892

Thursday, 23 November 2017 15:37

Laman Rasmi SMI Al-Amin Bestari d'Merlimau

  • Selamat Datang

    Laman rasmi SMI Al-Amin Bestari D'Merlimau menyebarkan maklumat terkini kepada seluruh masyarakat.

  • 1
  • 2

Hubungi Sekolah

SMI Al-Amin Bestari d'Merlimau, Lot PT1627 & 1628,
Jeti Anjung Batu, KM 15, Kg. Seri Minyak,
77300 Merlimau, Melaka
 
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  06 2615749
  06 2610722
  Merlimau Melaka