Image Banner

MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU SESI PERSEKOLAHAN 2020

Pada 6-9 Januari 2020 telah berlangsung minggu orientasi bagi pelajar pelajar baru tingkatan 1 dan tingkatan 4 SMI Al Amin Bestari. Minggu Orientasi ini telah dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar di bawah seliaan Jawatan Kuasa HEM sekolah. 

Minggu orientasi ini bertujuan untuk melengkapkan diri pelajar dalam persediaan mengharungi sesi persekolahan dan dunia baru bersama SMI Al Amin Bestari. 

 

 

 

 

LAGI

PROGRAM IFTAR JAMAIE KALI PERTAM

ARKIB : Pada hari Khamis 28 Februari 2019 yang lalu, telah diadakan program Iftar Jamaie kali pertama di dataran dan kantin SMIAABM, bertemakan "makan dalam talam" seperti sebelum ini.

Tahniah kepada JK Tarbiah

LAGI

KEJOHANAN AKUATIK MSSN MELAKA

19-21 Februari 2019 - Buat pertama kalinya, SMIAABM telah menghantar pasukan akuatik bagi Kejohanan Akuatik MSSN Melaka yang berlangsung selama tiga hari, bermula Selasa 19 Februari hingga 21 Februari 2019. Pasukan dikendalikan oleh Ust Kamaruzzaman. Acara yang dikendalikan di Pusat Akuatik Hang Jebat, Krubong itu telah disertai lebih 200 peserta dari seluruh Melaka.

Kedua-dua atlet renang SMIAABM telah melakukan yang terbaik dan salah seorang daripada mereka iaitu Abdul Azim bin Abdul Rashid telah memperoleh pingat gangsa (tempat ketiga) bagi acara 50 meter Gaya Dada (breaststroke bawah 15 tahun.

Tahniah kepada semua atlet...

LAGI

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD JASIN

Isnin 18 Februari 2019 - Pasukan Bola Jaring SMIAABM telah mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola jaring MSSD Jasin bagi pasukan bawah 15, manakala bagi pasukan bawah 18, mereka tidak mendapat kemenangan dan tidak berpeluang untuk mara ke pusingan kedua .

Pasukan dikelola oleh Cikgu Syamsiah.

LAGI

KARNIVAL SUKAN SMIAABM 2019

Pada 26 Januari 2019, telah berlangsungnya Hari Sukan SMI Al Amin Bestari yang bertempat di SSN SMK Seri Kota, Melaka. Tahniah diucapkan kepada para guru yang saling memikul tugas dan pelajar-pelajar yang telah gigih mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang telah turut sama hadir dan meluangkan masa bagi memeriahkan lagi Hari Sukan Sekolah ini.

Jazakumullah khairan kathira

LAGI

PERASMIAN BILIK BACAAN SMIAABM 21 JANUARI 2019

Alhamdulillah, pada hari ini, 21 Jan 2019, Tuan Pengetua telah merasmikan pembukaan Bilik Bacaan sebagai salah satu kemudahan untuk dimanfaatkan oleh para pelajar. Bilik bacaan ini bertindak sebagai bilik rujukan dan One Stop Center sumber ilmu bagi para pelajar SMIAABM.

LAGI

HARI PENDAFTARAN TING 1, 2 & 4 - 7 JANUARI 2019

Sebahagian gambar suasana kemeriahan ketika sambutan pelajar-pelajar baharu tingkatan 1 serta pelajar tingkatan 2 dan 4, semalam Isnin 7 Januari 2019.Selamat datang para pelajar tingkatan 1 dan 4 serta selamat kembali buat semua pelajar.

LAGI

Image News
Image News

Image Banner